Monday, May 11, 2009

FAMA Import Dua Tan Metrik Cili Dari China Untuk Stabilkan Harga

 

ALOR STAR, 3 Dis (Bernama) -- FAMA negeri mengimport dua tan metrik cili merah jenis 'Minyak' dari China sebagai langkah menampung keperluan bahan masakan itu yang semakin berkurangan di pasaran akibat musim hujan.

Pengarahnya, Wan Abdullah Wan Chik berkata, langkah itu diambil memandangkan harga cili merah kini melambung melebihi 150 peratus daripada harga asal iaitu RM5 sekilogram pada bulan lepas.

"Buat peringkat permulaan kita mengimport dua tan metrik cili itu untuk dijual di semua pasar tani FAMA dengan harga RM9 sekilogram dan FAMA akan terus mengimport supaya cili itu dapat dijual di seluruh daerah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran menjual cili merah di Pasar Tani Mergong di sini hari ini.

Beliau berkata bagi memudahkan peniaga dan pengguna mendapatkan cili merah itu, FAMA Alor Star dan Sungai Petani dipilih menjadi pusat pembekalan cili itu dan ia dijual secara runcit atau borong kepada orang ramai.

Beliau berkata, pembelian cili itu tidak dihadkan jumlahnya dan peniaga boleh mendapatkan bahan itu pada harga lebih murah.

-- BERNAMA

Harga Cili Merundum .......

Mei 2009 ... Harga cili merundum teruk .... Mencecah sehinggah RM 1.00 - RM 1.40 / kg. Seolah-olah cili merupakan tanaman komiditi di Malaysia macam kelapa sawit dan getah .... Ini merupakan berita buruk buat pengusaha-pengusaha cili terutamanya yang menggunakan kaedah fertigasi.. 

Jangan kata untung ... modal pun tak lepas ... hehehe .... Mungkin ini adalah cabaran kepada pengusaha-pengusaha .... Di dalam keadaan seperti ini ... saya harap, pengusaha-pengusaha dan juga diri saya bersatu supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan keatas usaha penanam-penanam cili di Malaysia ....

Berbagai-bagai khabar berita dan info yang saya perolehi berkaitan isu ini ... namun saya tidak pasti akan kebenarannya .. Saya berharap dan berdoa agar perkara ini mendapat jalan penyelesaian dan sekali lagi saya sarankan kepada pengusaha supaya bersatu dan terus berusaha ....

Friday, May 8, 2009

R&D TRY AND ERROR FERTIGASI CILI HYBRID 568


Ni kire projek R & D saya... Ada lebih kurang 450 pokok... So far 90% daripada jumlah tanaman ini sihat dan tidak mendatangkan apa - apa masalah. Cuma yang menjadi masalah musim hujan tengah kuat melanda kawasan saya ni.... Banyak jugak bunga-bunga yang berguguran ... Iskh ... bergugur gak hati ni tengok bunga-bunga tu tak menjadik ... Tapi harga cili masa ni agak mahal ... sekitar RM 10 -15 .... 

Ni yang dikatakan rezeki ... dia tak bagi kita hasil buah banyak ... tapi dia bagi nilai hasil tu tinggi ... eheheh ... kire tambah tolak lebih kurang jek jadiknye ....

Thursday, May 7, 2009

CILI FERTIGASI HYBRID 568



Ni projek cili saya yang saya set-up lepas kerja-kerja penyelidikan tamat. Kira ada jugak lah ilmu sket hasil dari penyelidikan tu....... Lokasi terletak di Kampung Bukit Kapar, Meru, Kelang....

Jumlah tanaman yang ada di kebun ni lebih kurang 4800 pokok. Tapi pening sket kepala nak siapkan tempat ni ..... Kawasan ni nak kene bersihkan manual pakai orang. Mesin tak bleh masuk sebab kawasan ni kawasan tanah gambut..... Mesin semua takut terbenam .... hehehe ....

Tanaman ni berusia lebih kurang sebulan lebih selepas di pindah dari rumah semai ... jadi ... ada lebih kurang sebulan lebih lagi untuk dia membesar dan mengeluarkan buah .....

Terima kasih pada abang manat ... kamarul ... selamat ... udin .... hery dan juga sapa-sapa yang terlibat ....